Suatu masa
dahulu, Tok Ayah kemaruk dengan ayam sabung yang bertubuh sederhana sasa dan
rendang, bulu pelbagai warna dengan ekor yang lebat dan panjang. Soal baka tak
kisah sangat. Tetapi kebanyakan ayam Tok Ayah masa itu ialah datangnya dari
Surat Thani, Thailand. Orang kata ayam surat. Berat ayam pun memang tak lebih
2.8 kg sahaja. Ayam memang nampak cantik dan bergaya. Tubuh panjang dan rendang
dengan ekor panjang lebat mencecah tanah. Itulah citarasa Tok Ayah masa itu.
Masa
berlalu, nampaknya citarasa pun mula berubah. Kini ayam yang bertubuh sasa,
tulang kasa, tinggi, mendada, bulu yang cantik dan dengan ekor panjang menarik
menjadi idaman hati. Baka Thai dan Pama menjadi keutamaan untuk pembiakan
pusingan baru ini. Untuk baka Thai, Tok Ayah utamakan yang didominasikan oleh
darah baka Leung Hang Khau dan Pradu Hang Dum. Untuk dapatkan zuriat bagi
mengisi koleksi reban yang berkualiti, mahu tak mahu pembaka hendaklah datang
dari baka yang juga berkualiti. Biasanya pembaka dipilih dari para jaguh yang
telah terbukti juara di bon. Jaguh seperti ini lazimnya bukan sahaja berkualiti
dari sudut ketrampilan dan kegagahannya, malah ianya akan memiliki darah yang
kuat yang akan menghasilkan zuriat yang mewarisi ketrampilan yang sama.
Untuk
memastikan pembaka adalah benar-benar berkualiti dan menepati citarasa,
tentunya bukanlah kerja yang mudah. Kemahiran, kesabaran dan wang ringgit adalah
modal yang penting. Tidak segan bertanya kepada otai-otai ayam sabung perihal
kualiti ayam yang hendak kita pilih, sabar mencari dan menanti peluang dan yang
mustahak juga Tok Ayah rasa ialah kesediaan melabur modal wang ringgit, adalah
agenda penting yang perlu dilalui. Kata orang ayam yang baik tak semestinya
yang mahal. Tapi dalam dunia kapitalis ni, yang baik selalunya mahal. Modal
tentunya ikut kemampuan dan keperluan sendiri.
Kalau boleh
Tok Ayah memang nak sambar baka ayam cantik Thai yang dah ada rekod menang
pertandingan ayam sabung cantik. Tapi harga tak berapa boleh tahan. Poket
kempis. Lagi pun Tok Ayah bukan semata-mata hendakkan bulu yang cantik, malah
sosok tubuh juga amat diutamakan. Darah yang kuat juga penting untuk jadi
pembaka. Jadi Tok Ayah cuba kombinasikan antara tubuh yang sasa dan cantik
serta warna atau romo bulu dari
baka-baka yang disasarkan. Justeru itu sasaran pembaka yang Tok Ayah cari ialah
para jaguh di bon laga dari baka yang menjadi pilihan. Mudah-mudah planning ini
akan berjaya mencapai sasaran. Insya Allah.
1xbet korean - Legalbet.co.kr
BalasPadamNo matter what kind 샌즈카지노 of gambling you are, there's no way you 바카라 사이트 can win real money on 1xbet korean sports bets. To be successful, the team you choose to play